Sunday, September 18, 2011

Merdekerja

Gua bertanya kepada Operator Indo di tempat gua kerja tentang erti kemerdekaan pada beliau. Bebas sebebas-bebasnya jawab beliau dalam nada separa girang. Mungkin kerana terdetik di benaknya festival dan perayaan yang gilang gemilang diadakan disana sempena kemerdekaan sekitar 17 Ogos yang pastinya ditamu dengan hiburan yang membasahkan ketiak.


Tapi,


Seorang cendekiawan agung Malaysia dengan hebatnya menghujahkan Malaysia tidak pernah dijajah! Kah Kah Kah! Ini bangang namanya! Pangkat beliau yang tinggi itu tidaklah dapat menipu minda anak muda yang berdarah kacukan seperti gua! Tidak!

Bukan apa,cuma kasihan gua lihat Tunku terpekik 7 kali, festival tiap-tiap tahun yang diadakan semenjak tahun 57 dahulu dan bagai lagi! Yang sebelah malam sebelum menjelangnya jangan disoal pada gua, gua jenis gemar menghadiri tazkirah di mana-mana kedai terdekat bersama kawan-kawan.

Yang paling buat gua tertekan dengan kenyataan bijak pandai ni ialah kerana gua konfius apakah gaji gua bekerja pada hari 31 ogos tahun depan triple atau gaji biasa kerana Malaysia bukan pernah dijajah. Buat apa kompeni gua kerja sibuk-sibuk bayar triple?

Tuesday, September 13, 2011

Saitan!

Sekarang ramai yang merdeka,ramai juga yang tak merdeka.

Juga ramai yang komunis,ramai yang bukan.

Ramai pula Manchester, ramai juga Chelsea.

Ramai yang Ultras,ramai yang bukan.

Tapi gua???

Kerja!

Saturday, August 27, 2011

Girang

Gua dah kumpulkan semula kudrat gua yang dijanakuasakan oleh Telekom Malaysia untuk berblog. Ya, walau terang-terangan hadir Telekom Malaysia dalam hidup gua ni tak lebih dari sebuah watak antagonis, tanpa segan silu juga harus gua katakan kami akrab. Masih gua ingat perjalanan balik gua dari Subang tempohari melalui Lebuhraya Persekutuan melewati menara berbentuk Rebung. Gua tertanya juga yang sebenarnya mengapa Telekom Malaysia tidak membuat bangunan berbentuk Bawang atau Serai.Ahh, mungkin syaitan lebih suka hinggap di rebung buluh agaknya.

Sekembalinya gua ke Ipoh, gua pantas mengorak langkah memulakan perjalanan yang agak mudah pada mata kasar. Benar,gua tinggalkan berbagai-bagai memori termasuk janji gua di Kuala Lumpur. Pedih juga rasanya, percayalah. Tapi sedikit demi sedikit gua mula agungkan keputusan gua. Benar, tak thrill sangat hidup di tempat sendiri, tapi tidak pula gua pernah menoktahkan yang tapaknya "master bedroom" gua terletak di Ipoh ini.

Apahal ayat gua bunyi macam pengarang novel pengembaraan remaja ni? Celaka betul! Gua ni dah kerap makan Nasi Vanggey ngan Kari Kepala Ikan Salim ni. Ni yang buat gua mencandukan Ipoh ni. Profesyen Gua disini adalah sebagai penjawat sektor produksi swasta aliran German. Dan,gaji gua tak semewah sebelum ni. Tapi gua tetap akan gemuk dengan nilai sedikit ini. Yang paling penting bukan kilang yang gua kerja ni hebat sangat. Cuma waktu rehat gua tak perlu punch out @ in. Ini satu pencapaian memberangsangkan bila bekerja di kilang berstatus Global. Gua pasti bersepah kilang begini di Kuala Lumpur tapi hanya satu di Ipoh. Tertekan manapun Gua,gua makan tengahari dirumah. Cukup!

Saturday, August 6, 2011

Menyelam

Dah lama juga gua tak kemaskini blog ni. Sibuk benar gua menyelami hidup di kota metropolitan ni gayanya.Gua rasa lepas ni kalau ada rezeki,gua nak beli rumah kat Amsterdam. Dengar cerita dekat sana pun boleh tahan kalau nak menyelam. Oh, Selamat Berpuasa!

Tuesday, July 26, 2011

FAM Anjing

FAM adalah badan induk bolasepak yang paling bangang pernah wujud mengepalai sukan bolasepak. Jujur gua cakap ni. Kalau tak percaya, suruh Arsenal main liga super, kemudian tunggu sahaja keputusan di hujung musim. Jawapan yang akan anda temui, pasti Arsene Wenger mati bunuh diri kerana tekanan dari FAM.

Tuesday, July 19, 2011

Kerja Pungkok Apa?

Permulaan gua mula kerja harini dah mula berikan gua tilikan berapa lama karier ni akan bertahan. Dan seperti selalunya, menyesal? Tak mungkin! Kah Kah Kah! Mana mungkin gua bertahan walau gaji gua bukan kecil nilainya. Maksud gua tu tak juga bergaji besar. Gua ni bukan orang berkeluarga untuk memulakan kesinambungan hidup. Gua risau industri melepak akan berkeadaan kucar-kacir.

So,tiba masa gua akan ucap pergi mampus pada industri ini. Maksud gua, yang edisi sekarang lah. Kah Kah Kah! Gua bukan tak boleh bekerja,tapi gua tak ada teman nak melawak. Semua serius. Serius kepala bapak apa?! Buat picagari je pun. Kah Kah Kah! Ini bukan masa gua nak fikirkan sesuatu yang cemerlang untuk masadepan gua. Gua mahu melepak. Itu sahaja. Kah Kah Kah!

 Sementara kerja ni sahaja gua sudah dapat 3 panggilan temuduga di tempat- tempat berdekatan port lepak. Port lepak pada gua ialah di mana kawan-kawan gua berada. Teruk gua kerja harini. Teruknya sampai gua balik,gua makan dan tengok berita. Peh! Ini sahaja dah buat gua kucar-kacir. Gua tak melepak kot harini. Jadah apa?!

Friday, July 15, 2011

Pahlawan Pesanan Ringkas

Handphone gua tadi pagi ada terima khidmat sistem pesanan ringkas. Si pengirim tak perlu di ketahui. Penentang Freemason yang tegar dengarnya sewaktu hayat gua berlangsung di belantara Bangi. Tak puas hati beliau dengan cara gua.

Berbalas mesej sebanyak 10 kali dari gua manakala lebih kurang 4 dari dia. Setelah diselidik, lebih kurang lama juga dia tak puas hati dengan gua. Sejujurnya gua dah tahu itu lama, cuma tak gua berapa hiraukan memandangkan dia seorang yang hebat berbicara soal ketuhanan serta taat beragama.

Gua tamatkan secara damai. Tak lalu juga bergaduh macam adik-adik sekolah baru kantoi hisap rokok ni. Gua pasti mamat cilik ni tak mampu meruntuhkan nilai-nilai moral pada gua. Telah gua pesan benda sepatutnya pada dia untuk menghadapi kemudian hari nanti.

Gua tulis disini kerana gua tahu dia juga ada curi-curi baca disini. Oleh itu,harus gua nyatakan disini, Gua takkan maafkan lu walau gua biar lu bernyawa. Pehh!