Powered By Blogger

Monday, May 13, 2013

13 Mei 2013 dari kacamata Bangsa Malaysia!

Pernah aku menangis tatkala dipaksa menjiwai lagu "warisan" sewaktu kem belia negara dulu. Rasa malu juga tapi itu semua jadi ketika aku masih mentah dan diharamkan mengundi beberapa tahun dulu. Berkesan benar lagu itu pada aku ketika itu. Bait lirik "airmata darah, bercampur keringat, bumi di pijak milik orang" amat terkesan pada aku.

Lagu ini hebat kerana angin rasis yang dibawa dalam melodinya sangat halus! Biar aku bawa pembaca tulisan ini ke tempat aku sekarang. Aku bekerja di kelompok cina yang jarang segan bertepuk tampar, gurau senda, makan dan kadangkala menjemputku ke keramaian perkahwinan mereka. Begitu juga aku.

Melihat mereka sedih, aku turut serta sedih. Melihat mereka dipijak kaum sendiri juga membuatkan aku sedikit sebanyak geram! Mereka sahabat aku juga. Ketika aku dihentam bertalu-talu pihak atasan, ada juga bangsa cina ini yang mempertahankan aku. Indahnya koloni dimana aku berpijak sekarang.

Melihat kemenangan kawasan kami di Pru baru-baru ini juga hebat. Ah Seng bersama Bala tak segan duduk di pondok panas PAS dan bantu kemenangan Ustaz Radzi Zainon. Hebat! Tapi malam tersebut juga PM Najib berkata Tsunami Cina sambil Utusan keluarkan artikel bertajuk "apa lagi cina mahu" di muka hadapan keesokkan harinya.

Apa yang tidak kena dengan kita? Tanyalah diri anda dan jika sudah ketemu jawapannya, tanya pada PM Najib Razak pula "apa kamu mahu Najib"? Benar, ramai cina jahat dan rasis. Tapi sila namakan pada aku bangsa mana yang sempurna tanpa rasis dan jahat. Persoalannya cuma, dimana kamu mahu letak diri kamu disebalik isu rasis ini?

Sokong Kami tolak rasis! Salam sejahtera dan Selamat Menyambut Hari Bangsa Malaysia!

No comments:

Post a Comment