Powered By Blogger

Monday, May 13, 2013

Anak Muda Bangun!

Anak muda punya masa depan yang tak terjangka. Kami berhak mendapat ruangan untuk bersuara didalam Malaysia. Kenapa hak kami dinafikan? Sebab kami anak muda yang condong kepada Pakatan Rakyat? Sebab munasabah untuk penafian suara kami amat kami tuntut. Kamilah penyumbang kepada pendapatan negara melalui cukai-cukai yang ditimpakan keatas kami. Golongan mana yang bayar duti hiburan apabila menonton Wayang? Yang membayar cukai GST keatas Restoran Makanan Segera? Benar, bukan kami sahaja. Tetapi kami yang terbanyak membayar cukai atas perkhidmatan!

Tak ramai antara kami yang lahir dengan kunci kereta dan akaun bank yang sudah mempunyai isi. Kami impikan kehidupan baik seperti orang tua kami. Kami yang tidak bernasib baik inilah yang menanggung hutang untuk setiap keselesaan yang kami mahu. Malah, untuk keperluan asas kami juga!

Kami hanya menyokong apa yang dijuangkan oleh PR hanya kerana kami ini merasakan susah hidup tanpa miliki tanah, pembayaran balik pinjaman pelajaran, hutang kenderaan yang melampau, harga barangan mahupun perkhidmatan yang makin gila setiap hari. Salahkah kami menyokong?

Kami tidak dambakan jawatan tinggi seperti kamu. Kami cuma tuntut kamu sedar yang kami dambakan tempat kami di muka bumi Malaysia ini!



No comments:

Post a Comment