Powered By Blogger

Monday, May 13, 2013

Blackout 505!

Toleh kananku bangsa Cina berlilit Headband PAS dikepala, dikanan aku Pemuda India sibuk bunyikan airhornnya. Dibelakangku sekumpulan pemuda Melayu menawan stage kecil dan mengibarkan bendera DAP, PKR dan PAS sambil Chegubard dari pentas gagah melaungkan "Reformasi, Reformasi , Reformasi"!!

Lihatlah kami regim Barisan. Kami akan bangkit dan humban kamu!!!

Sekitar Blackout 505 Ipoh Perak











13 Mei 2013 dari kacamata Bangsa Malaysia!

Pernah aku menangis tatkala dipaksa menjiwai lagu "warisan" sewaktu kem belia negara dulu. Rasa malu juga tapi itu semua jadi ketika aku masih mentah dan diharamkan mengundi beberapa tahun dulu. Berkesan benar lagu itu pada aku ketika itu. Bait lirik "airmata darah, bercampur keringat, bumi di pijak milik orang" amat terkesan pada aku.

Lagu ini hebat kerana angin rasis yang dibawa dalam melodinya sangat halus! Biar aku bawa pembaca tulisan ini ke tempat aku sekarang. Aku bekerja di kelompok cina yang jarang segan bertepuk tampar, gurau senda, makan dan kadangkala menjemputku ke keramaian perkahwinan mereka. Begitu juga aku.

Melihat mereka sedih, aku turut serta sedih. Melihat mereka dipijak kaum sendiri juga membuatkan aku sedikit sebanyak geram! Mereka sahabat aku juga. Ketika aku dihentam bertalu-talu pihak atasan, ada juga bangsa cina ini yang mempertahankan aku. Indahnya koloni dimana aku berpijak sekarang.

Melihat kemenangan kawasan kami di Pru baru-baru ini juga hebat. Ah Seng bersama Bala tak segan duduk di pondok panas PAS dan bantu kemenangan Ustaz Radzi Zainon. Hebat! Tapi malam tersebut juga PM Najib berkata Tsunami Cina sambil Utusan keluarkan artikel bertajuk "apa lagi cina mahu" di muka hadapan keesokkan harinya.

Apa yang tidak kena dengan kita? Tanyalah diri anda dan jika sudah ketemu jawapannya, tanya pada PM Najib Razak pula "apa kamu mahu Najib"? Benar, ramai cina jahat dan rasis. Tapi sila namakan pada aku bangsa mana yang sempurna tanpa rasis dan jahat. Persoalannya cuma, dimana kamu mahu letak diri kamu disebalik isu rasis ini?

Sokong Kami tolak rasis! Salam sejahtera dan Selamat Menyambut Hari Bangsa Malaysia!

Anak Muda Bangun!

Anak muda punya masa depan yang tak terjangka. Kami berhak mendapat ruangan untuk bersuara didalam Malaysia. Kenapa hak kami dinafikan? Sebab kami anak muda yang condong kepada Pakatan Rakyat? Sebab munasabah untuk penafian suara kami amat kami tuntut. Kamilah penyumbang kepada pendapatan negara melalui cukai-cukai yang ditimpakan keatas kami. Golongan mana yang bayar duti hiburan apabila menonton Wayang? Yang membayar cukai GST keatas Restoran Makanan Segera? Benar, bukan kami sahaja. Tetapi kami yang terbanyak membayar cukai atas perkhidmatan!

Tak ramai antara kami yang lahir dengan kunci kereta dan akaun bank yang sudah mempunyai isi. Kami impikan kehidupan baik seperti orang tua kami. Kami yang tidak bernasib baik inilah yang menanggung hutang untuk setiap keselesaan yang kami mahu. Malah, untuk keperluan asas kami juga!

Kami hanya menyokong apa yang dijuangkan oleh PR hanya kerana kami ini merasakan susah hidup tanpa miliki tanah, pembayaran balik pinjaman pelajaran, hutang kenderaan yang melampau, harga barangan mahupun perkhidmatan yang makin gila setiap hari. Salahkah kami menyokong?

Kami tidak dambakan jawatan tinggi seperti kamu. Kami cuma tuntut kamu sedar yang kami dambakan tempat kami di muka bumi Malaysia ini!



Monday, May 6, 2013

Call Of Dirty : BlackOut!


"Semua fitnah pembangkang pasal hal blackout tu" kata Timbalan Pengarah SPR yang jujur adil dan saksama!

Gua juga dengan rendah hati mengusul agar SPR yang sering dituduh sebagai tidak adil,menangkis dakwaan oleh PR bahawa pengunaan Dakwat Kekal hanya merugikan dengan menggantikan penggunaan dakwat kekal kepada penggunaan Kunyit Masak cair yang mana ia akan lebih meresap, susah tanggal dan Murah. Kakakakakakkaa

Thursday, May 2, 2013

Sumpah Laknat

Tv3 kata Saiful Bukhari MENGULANGI sumpah laknat depan Baitullah.

Tapi Saiful kata rakaman pada April 2012.

Maklumat biar sekata la kalau sungguh nak Bash orang.

Tuesday, April 30, 2013

Produk Untuk Si Pelupa

Gambar yang disertakan bersama post ini adalah Fobo Tag. Spesifikasi tak hebat. Harga RM180. Nak beli contact Gua. Kegunaan untuk IPhone 4s KEATAS sahaja. Tadi Gua tengok buletin utama. Abaikan sahaja cerita politik kelakar mereka. Sedang sibuk Gua main candy crush sambil senyum sumbing tengok Muhyiddin, tiba-tiba slot bisnes memaparkan pelancaran Fobo Tag ini oleh company Gua. So, kalau ada IPhone 4s keatas dan teringin nak benda amende ntah ni, bagitahu Gua. Gua kawtim bauk sikit. Function dia sila rujuk Youtube. Thanks!

Hadiah Ikhlas Kerajaan

Terima kasih beri beras. Nasib Dato Najib masih tahu kami rakyat Malaysia suka makan nasi. Kalau Dato Najib beri spaghetti itu hari, memang saya nekad mencuba memohon kerakyatan Itali kerana menyangka Dato Najib dah lupakan saya. Saya terima pemberian ikhlas Dato Seri ini dan demi menjamin keikhlasan saya menerima beras ini, saya berjanji untuk memperoleh khasiat melalui karbohidrat yang dirembes melalui beras ini dengan memasaknya di pagi hari mengundi, saya akan makan beras ini yang akan menjadi nasi di waktu hari mengundi tersebut bersama ikan sardin dan telur yang saya beli sendiri. Kemudian apabila saya peroleh tenaga hasil pemakanan seimbang ini, saya berjanji untuk pergi mengundi PAKATAN RAKYAT kerana saya juga mahu Dato Najib semiskin saya untuk nikmati beras ini.

Post deleted but memory remain

Okay, Gua selesai delete post lama. Maaf Kawan-kawan, adalah tidak berbaloi mengungkit benda yang gua pandang kosong akhir ini. Untuk post kali ini, Gua dengan rendah hati mohon semua sahabat yang aktif membuang masa di sini memaafkan keterlanjuran bahasa, kebiadaban ayat serta ketiadaan etika dalam berbahasa dengan anda semua.

Mengapa Gua membangkang

Orang Meleis yang main judi, minum arak, hatta melakukan zina tangan pun tahu malu. Malu mereka diterjemah melalui penyembunyian diri mereka ketika melakukan benda tersebut. Tapi apa pasal orang tak sembahyang berani benar duduk melepak hingga habis maghrib? Qada ke? Semua ini kerana akidah. Wallahi kerana akidah. Gua di suatu ketika jua sama. Tapi wallahi, Gua cuba berubah walau setapak.
Permudahkanlah Ya Allah.

Wednesday, February 27, 2013

Gua Kembali

Kepulangan atau kembali atau apa saja biasa berlaku dengan sebab dan sebab itu mempunyai interpretasi berbeza kepada sesiapa saja yang bebas menafsir. Terserahlah kepada lu orang semua untuk menghakimi penulisan gua di hari mendatang nanti. Kegembiraan cuma pinjaman dah adakala ia diambil semata-mata kerna tuhan masih sayang kita walau kita seringkali mengabaikan kewajipan kita.. Oleh yang demikian, gua tinggalkan permulaan yang gugup ini untuk gua sudahi dengan penutup yang Inshaallah akan buatkan gua selesa mengharungi baki kehidupan yang dipinjamkan olehNya.